icon-search
icon-search

Saudari Enterprise merupakan perniagaan yang berada di bawah industri makanan dan minuman (F&B) yang berunsurkan bebola ayam dengan pembaharuan citarasa melalui kombinasi rempah dan sos yang pelbagai. Saudari mengaplikasikan inovasi terhadap pembuatan bebola sebagai asas makanan manakala campuran rempah sebagai 'topping' diatasnya. Berdasarkan logo syarikat yang dicipta, terdapat beberapa elemen pada logo kami iaitu gambar Ayam Betina yang menunjukkan pengasasnya merupakan wanita, bulatan menunjukkan kesatuan kumpulan syarikat, Banner dengan tulisan “SAUDARI” pada tengah logo membawa maksud 'Main Center' Penjenamaan dan bebola pada logo tersebut merujuk kepada produk jualan kami. Rakan kongsi perniagaan ini ialah: Husna Husnul Khotimah binti Syafie (Chief Executive Officer/Ketua Pegawai Eksekutif), Nur Shahlia Afiqah binti Shamsul Baharin (Chief Operating Officer/Ketua Pegawai Operasi), Nurul Rabwah binti Saharudin (Chief Financial Officer/Ketua Pegawai Kewangan), Nur Fazira Fitriyani binti Abd Hamid (Chief Marketing Officer/Ketua Pegawai Pemasaran) dan Wan Rabiiatul Affizah binti Abdullah (Chief Commercial Officer/Ketua Pegawai Komersial).

Your cart is currently empty.
Continue shopping